98 Peratus kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah melengkap dua dos vaksin covid-19 setakat ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, dua peratus kakitangan JBPM yang masih belum divaksin disebabkan masalah kesihatan dan nasihat daripada pakar perubatan.

Jelasnya, berkenaan dengan dos penggalak untuk kakitangan JBPM, Pihaknya sudah memulakan penyelarasan untuk dos penggalak bagi seluruh kakitangan jabatan itu.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 di Kota Bharu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini