Sesi lawatan khas keluarga dan penjaga bagi individu yang mengikuti Program Rawatan dan Pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) seluruh negara dibenarkan bemula esok sempena Deepavali.

Menurut AADK, sesi lawatan khas secara bersemuka, dibenarkan di negeri yang berada dalam Fasa 4 PPN dengan kebenaran lawatan bagi tempoh lima hari sehingga 9 November.

Pelawat perlu mematuhi SOP PPN ditetapkan termasuk lengkap dua dos vaksin.

Bagi setiap keluarga atau penjaga perlu membuat janji temu terlebih dahulu dengan pihak PUSPEN.

Ia bagi  mengelakkan kesesakan, melancarkan perkhidmatan AADK dan mengelakkan risiko penularan COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini