Akibat mengabaikan larangan yang tertera, seorang lelaki di China nyaris maut terjatuh dari air terjun.

Kejadian pada 13 Mei itu berlaku ketika lelaki terbabit cuba menyeberangi jeram namun tergelincir.

Dia kemudian dihanyutkan arus deras dan jatuh dari air terjun.

Mujur lelaki itu selamat dan hanya mengalami luka calar yang kecil.

Pihak berkuasa memberitahu kawasan jeram berkenaan merupakan kawasan larangan untuk orang awam.

Papan tanda amaran juga telah diletak di kawasan terbabit namun diabaikan lelaki tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini