Polis Melaka berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dikenali sebagai ‘Abang 888’ ketika cuba menyeludup ke negara jiran. Hasil serbuan di sebuah inap desa dekat Pantai Puteri, Melaka menyaksikan 40 kilogram dadah jenis syabu dianggar bernilai RM1.44 juta dirampas.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, seorang lelaki warganegara Indonesia berumur 39 tahun ditahan dalam serbuan berkenaan. Suspek direman selama 7 hari bermula 19 hingga 25 November ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.
 
Menurut Datuk Abdul Majid, hasil risikan pihaknya mendapati sindiket terbabit tidak lagi menggunakan rakyat tempatan untuk pengedaran dadah sebaliknya menggunakan warga asing.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini