Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengangkat sumpah sebagai
Ketua Menteri Sarawak ke-6, malam tadi. Majlis angkat sumpah berlangsung di Balai Mengadap Utama, Astana Negeri, Petra Jaya, Kuching.

Pada majlis itu, Tan Sri Abang Johari, 71 tahun, menandatangani surat cara pelantikan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
 
Turut hadir, isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, isteri Ketua Menteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak,
Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion.
 
PRU DUN Sarawak ke-12 menyaksikan Tan Sri Abang Johari yang bertanding di DUN Gedong atas tiket Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah menang dengan majoriti 4,310 undi. Beliau menewaskan tiga pencabarnya daripada Parti Sarawak Bersatu, Mohamad Sofian Fariz Sharbini, Parti Amanah Negara, Kamal Bujang dan Parti Bumi Kenyalang, Tomson Ango.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini