Sukarelawan Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ antara 10 orang awam yang menerima sijil penghargaan sempena Perbarisan Tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tahun 2022 di Putrajaya.

Pemuda berusia 30 tahun itu yang diangkat sebagai ‘wira’ berikutan pengorbanannya menghulurkan bantuan di beberapa negeri yang dilanda banjir akhir tahun lalu.

Sijil penghargaan diserahkan oleh Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid. Turut menerima sijil penghargaan adalah 15 pengamal media cetak dan elektronik daripada pelbagai agensi termasuk RTM.

Lima Pasukan Bomba Sukarela (PBS) turut diberi sijil penghargaan atas pengorbanan dalam operasi menyelamat mangsa banjir di lokaliti masing-masing pada Disember lalu.

Pada majlis sama, Skuad Kebajikan JBPM juga dilancarkan. Ia bagi menyantuni pegawai dan kakitangan JBPM yang ditimpa musibah dan giat melaksanakan aktiviti-aktiviti pasca banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini