Abdalla Hamdok dikembalikan mengalas tugas sebagai Perdana Menteri Sudan  oleh jeneral tertinggi yang menggulingkannya Jeneral Abdel Fattah al-Burhan. 

Dalam masa sama, Abdel Fattah turut berjanji akan membebaskan beberapa lagi tahanan politik.

Bagaimanapun protes tetap berterusan yang turut menyaksikan seorang remaja terbunuh.

Penunjuk perasaan bagaikan tidak bersetuju dengan perjanjian melibatkan Hamdok dan Abdel Fattah kerana mereka menuntut agar tentera berundur sepenuhnya daripada kerajaan. Dalam masa sama, seorang budak lelaki 16 tahun ditembak dan dibunuh di bandar Omdurman sekaligus menjadikan jumlah kematian keseluruhan sejak rampasan kuasa bulan lalu kepada 41 orang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini