Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT FC), Arif Aiman Hanapi membuktikan dirinya merupakan pemain muda yang perlu diberi perhartian.

Pemain berusia 19 tahun itu melengkapkan musim gemilangnya apabila dinobatkan selaku Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 (ABK21) malam tadi. Paling menarik dia turut melakar sejarah menjadi pemain paling muda merangkul anugerah utama itu selepas rakan sepasukannya, Safawi Rasid, melakukannya pada 2018 ketika usia 21 tahun.

Arif turut meraih Anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik.

Arif menjadi antara watak penting JDT menjulang trofi kelapan Liga Super musim ini selain Piala Sumbangsih dan membantu kelab Harimau Selatan itu mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 sebelum tewas kepada Kuala Lumpur City FC 2-0.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini