Ayam tambatan Selangor FC, Ifedayo Omosuyi  bakal dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak Liga Super pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 (ABK21) yang dijadual berlangsung secara maya, 4 Disember ini.

Pada saingan musim ini Ifedayo beraksi cemerlang dengan  meledak 26 gol sepanjang saingan musim ini.

Kategori Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super pula menjadi milik pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC, Baddrol Bakhtiar yang meledak tujuh gol.

Bagi saingan Liga Premier, Fernando Rodriguez dari Johor Darul Ta’zim Dua dan Jordan Mintah (Terengganu FC Dua) yang masing-masing meledak 16 gol, dinobat selaku Penjaring Terbanyak.

Manakala Nurshamil Abd Ghani (Kelantan FC) meraih gelaran Penjaring Terbanyak Tempatan selepas menghasilkan sembilan gol.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) turut mengumumkan senarai pendek melibatkan 16 kategori iaitu Kasut Emas, Penjaring Terbanyak Liga Super, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super, Penjaring Terbanyak Liga Premier dan Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier.

Turut dipertandingkan Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik, Jurulatih Terbaik, Pemain Muda Terbaik, Pemain Import Terbaik, Pasukan Terbaik, Anugerah Fair Play, Fan XI dan Pemain Paling Bernilai (MVP).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini