AC Milan akhirnya berjaya menjuarai Serie A pada musim ini selepas menewaskan Sassuolo dengan keputusan 3-0 sekali gus mengesahkan gelaran liga domestik tersebut.

Gelaran itu juga menamatkan kemarau 11 tahun Milan tanpa kejuaraan Serie A.

Lebih membanggakan Milan mengesahkan kejuaraan itu pada hari terakhir kempen Serie A pada musim ini sekali gus menafikan hasrat Inter Milan menjulang Scudetto.

Dalam aksi awal pagi tadi, Milan hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan kejuaraan namun pasukan tersebut membuktikan kemampuan apabila meraih tiga mata penuh perlawanan.

Tiga gol Milan dijaringkan oleh Olivier Giroud yang meledak dua gol dan satu daripada Franck Kessie.

Skuad kendalian Stefano Pioli itu menamatkan saingan dua mata di depan Inter, yang menewaskan Sampdoria 3-0 di San Siro tetapi gagal mempertahankan kejuaraan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini