Acara kesusasteran termasuk puisi perlu diketengahkan sebagai produk pelancongan.

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, acara tersebut bukan sahaja menjadi manfaat kepada masyarakat tempatan malah pelancong dari luar negara.

Tambah Datuk Seri Nancy, MOTAC menyokong penuh segala usaha mengangkat martabat  bahasa, seni, sastera dan budaya bangsa ke tahap yang lebih tinggi melalui penganjuran program-program berfaedah.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis sambutan Hari Puisi Malaysia 2022 di ibu negara.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha (MOTAC), Datuk Saraya Arbi.

Tanggal 13 Jun pada setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Puisi Malaysia (HPM) yang meraikan bukan sahaja oleh golongan pemuisi tanah air tetapi juga diraikan oleh semua golongan masyarakat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini