Perlawanan akhir Liga Juara-juara Asia AFC di antara Al-Hilal SFC dari Arab Saudi dan wakil Korea Selatan, Pohang Steelers, dianggap iklan terbaik kelab bola sepak Asia.

Jelas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, menyifatkan perlawanan tersebut sebagai kemuncak yang menepati jangkaan. Beliau yang berkesempatan memenuhi undangan daripada AFC menyaksikan kemenangan 2-0, Al-Hilal di hadapan 50 ribu penonton di Stadium Antarabangsa King Fahd di Riyadh.

Final yang turut disaksikan Presiden FIFA, Gianni Infantino adalah kejuaraan kali ke 4 bagi Al-Hilal selepas memenanginya pada edisi tahun 2019, 2000 dan 1991.

Hadir sama menyaksikan perlawanan ialah Presiden AFC, Shaikh Salman bin Ibrahim Al Khalifa, yang turut disertai, Setiausaha Agung AFC, Dato’ Windsor John.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini