Skuad hoki senior negara masih tetap positif meskipun terpaksa melupakan saingan kompetetif pertama mereka iaitu kejohanan Piala Juara-Juara Asia (ACT) 2021 di Dhaka, Bangladesh.

Ketua Jurulatih A. Arulselvaraj berkata ‘Speedy Tigers’ yang kini menjalani kuarantin sehingga 15 Disember,  meneruskan sesi latihan mereka secara maya bagi kekal cergas untuk kejohanan-kejohanan lain tahun hadapan.

Sebelum ini, Malaysia terpaksa membatalkan hasrat menyertai saingan ACT 2021 selepas dua pemainnya disahkan positif Covid-19.

Namun, situasi itu tidak menghalang mereka untuk terus menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi kejohanan utama termasuk Piala Asia 2022 dari 2 hingga 5 Mei depan, yang turut menawarkan slot kelayakan ke Piala Dunia 2023.

Jelas Arul, sesi latihan diadakan menerusi aplikasi Zoom selama seminggu dan akan diteruskan seperti biasa di padang sebaik sahaja tempoh kuarantin pemain berakhir.

Tambahnya, susulan pembatalan penyertaan ke ACT 2021 juga, pihak Konfederasi Hoki Malaysia terpaksa menyusun semula perancangan jadual skuad negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini