Masyarakat khususnya umat Islam yang diuji musibah banjir harus percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersirat di sebaliknya.
 
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah, dari segi akidah, umat islam harus percaya ia merupakan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. 

Jelasnya lagi apa-apa musibah yang berlaku ini adalah sebagai penyucian dosa-dosa yang dilakukan oleh manusia sama ada dosa kecil atau dosa besar agar manusia itu sedar dan kembali kepadanya.
 
Tambahnya lagi, di saat kita diuji musibah banjir ini, berusahalah keluar daripada musibah berkenaan dan bertawakkal kepada Allah.
 
Manusia juga perlu bersabar dan harus percaya bahawa sesuatu perkara itu tidak akan berlaku melainkan di atas kehendak Maha Pencipta.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kompleks Islam Putrajaya

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini