Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak menolak kemungkinan bakal berlaku peralihan daripada fasa sukar dalam menangani pandemik COVID-19 tahun ini.

Ketua Pengarahnya Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, peralihan tersebut mampu dilaksana jika strategi dalam kecemasan kesihatan global seperti saringan dan vaksinasi diguna secara menyeluruh.

Justeru, beliau menyifatkan anggapan bahawa Omicron varian terakhir dan dunia sedang menuju ke penghujung pandemik adalah pandangan yang berbahaya.

Dalam ucaptama pada mesyuarat Lembaga Eksekutif, Dr Tedros berkata, sejak Omicron dikesan sembilan minggu lalu, lebih 80 juta kes positif COVID-19 dilaporkan.

Beliau menggesa negara di seluruh dunia menjalin kerjasama erat untuk keluar daripada fasa sukar pandemik menggunakan kaedah sedia ada.

Katanya dengan pandemik COVID-19 yang kini memasuki tahun ketiga masyarakat dunia berada di persimpangan yang sangat kritikal.

Kerjasama adalah penting untuk keluar daripada fasa sukar pandemik ini yang tidak boleh dibiar berlarutan dengan sikap sambil lewa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini