Pemain Dram kumpulan Search, Yazid Ahmad memberitahu dia serik untuk meminta bantuan bagi meringgan beban kos rawatan dialisis yang terpaksa dijalaninya sejak beberapa tahun lalu. Jelas Yazid, hasratnya untuk mendapatkan bantuan kewangan terbantut apabila menerima kecaman segelintir individu yang berasa kurang senang dengan tindakan itu. Bagaimanapun, kata Yazid, bantuan yang diterima dari persatuan karyawan dan baitulmal masih tidak mencukupi buat menampung kos ubat-ubatannya, kerana kos rawatan mencecah sehingga hampir satu ribu lapan ratus sebulan dan tidak termasuk kos pengangkutan untuk berulang-alik ke hospital.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini