Penyanyi Adele terpaksa menangguhkan siri konsertnya di Las Vegas, Amerika Syarikat sehari sebelum persembahan sepatutnya berlangsung.

Penangguhan dibuat selepas separuh daripada tenaga kerja persembahan penyanyi itu dijangkiti COVID-19. Penghibur popular dengan lagu easy On Me itu membuat pengumuman di akaun Instagramnya sambil memohon maaf kepada peminat atas perkara yang tidak dapat dielakkan.

Konsert siri Adele sepatutnya diadakan bermula Jumaat (21 Jan) di The Colosseum di Caesars Palace sehingga 16 April.

Adele turut berulang kali memohon maaf kerana menangguhkannya di saat-saat akhir walaupun sudah lebih 30 jam memikirkan cara untuk mengatasi masalah yang tidak dapat dielakkan itu. Justeru, kata Adele, siri persembahan yang dinantikan peminat itu akan dijadualkan semula.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini