Industri tanah air dikejutkan dengan pemergian penyanyi Adibah Noor, 52 tahun.
Penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles semalam.
Allahyarhamah dipercayai meninggal akibat penyakit kanser ovari tahap empat.
Berita duka itu disahkan rakan artis, penyanyi Ani Maiyuni melalui kiriman suara.