Seorang individu maut dipercayai ditetak abangnya dengan sebilah pedang dalam kejadian di Kampung Sungai Rual Melayu, Jeli, Kelantan awal pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Jeli, DSP Ahmad Arifin berkata kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 30 tahun sedang memasak kira-kira 1.20 pagi.

Suspek berusia 30-an dipercayai mengalami kemurungan datang dari arah belakang dan terus menetak adiknya di belakang leher dengan menggunakan sebilah pedang.

Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Berdasarkan siasatan awal suspek tinggal bersama mangsa dan seorang lagi adiknya di rumah milik keluarga mereka.

Kes disiasat di bawah Sekyen 302 Kanun Keseksaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini