Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Pepatah yang cukup sesuai untuk menggambarkan situasi video tular ini.

Siapa sangka meski hanya berusia 5 tahun, seorang kanak-kanak perempuan bernama Ulya mempunyai minat terhadap sukan lasak, papan luncur air.

Semestinya, kredit ini juga harus diberikan kepada bapa kanak-kanak tersebut yang berusaha mengajarnya.

Aksinya yang bersahaja dan tidak takut ketika meluncur itu, memukau pandangan netizen. Video comel ini mendapat perhatian ramai di laman TikTok.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini