4,230 aduan dan pertanyaan diterima melalui perkhidmatan MyCare COVID-19 yang diwujudkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bermula 1 Jun hingga Khamis lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata aduan paling banyak diterima adalah berkaitan urusan pernikahan iaitu 2,590 aduan; perkara berkaitan bantuan dan sumbangan (981); kaunseling keluarga (275); kaunseling peribadi (170); urusan cerai (82); rawatan Islam (18); dan lain-lain (114).

Seramai 15 pegawai dan kaunselor JAKIM ditugaskan khusus dalam memberi khidmat kaunseling dan nasihat terhadap aduan yang diterima, melalui pelbagai platform termasuk panggilan telefon, aplikasi WhatsApp dan emel.

Inisiatif perkhidmatan MyCare COVID-19 menunjukkan kerajaan memandang serius permasalahan dan isu sosial dalam kalangan rakyat ekoran penularan pandemik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini