Malaysia menggesa usaha kolaboratif lebih kukuh dalam kalangan negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik, APEC bagi menyokong pemulihan lebih mampan dan inklusif pada masa akan datang.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam kenyataan memaklumkan, ia disuarakan dalam Minggu Pemimpin Ekonomi APEC, AELW 2021. AELW yang bermula semalam hingga 12 November ini berlangsung secara maya.

Ia menjadi platform kepada menteri-menteri APEC untuk bertukar-tukar pandangan dan perspektif mengenai isu semasa dan masa depan rantau berkenaan.

Negara akan turut berkongsi pandangan mengenai kepentingan mempercepat penggunaan digitalisasi, inovasi dan kemampanan bagi mewujudkan lebih banyak peluang untuk komuniti APEC. Malaysia juga akan menekankan komitmen dan solidariti bagi mempercepatkan pemulihan serantau.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini