Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yakin penganjuran beberapa kejohanan besar di benua Asia bakal mencuri tumpuan seluruh dunia pada tahun depan.
 
Untuk itu, Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC, Datuk Hamidin Mohd Amin menerusi hantaran di Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggesa semangat kekitaan dalam kalangan negara anggota badan induk tersebut.

Ia penting menjelang tersingkapnya tabir 2022 yang bakal menyaksikan Asia menganjurkan Piala Asia Wanita AFC dan Piala Dunia Wanita B-17 di India, selain Piala Dunia di Qatar.

Jelasnya fokus kini ke arah pembinaan momentum pemulihan yang meningkat pada 2022 dan menggunakan peluang yang ada agar benua Asia terus menjadi tumpuan bola sepak dunia.

Datuk Hamidin yang juga Presiden FAM berkata demikian ketika menghadiri Kongres AFC ke-31 yang diadakan secara maya.

Gesaan disuarakan beliau adalah selari dengan amanat Presiden FIFA, Gianni Infantino yang turut memuji perpaduan negara ahli gabungan AFC dan disifatkan berjaya membawa bola sepak Asia bangkit semula kesan pandemik COVID-19.



MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini