Afghanistan menunjukkan komitmen dalam usaha membendung virus Polio di negara tersebut.

Terbaharu, Kementerian Kesihatannya pada hari ini melancarkan kempen vaksin polio untuk kanak-kanak berumur bawah lima tahun.

Menurut laporan Xinhua, seramai 9.9 juta kanak-kanak dijangka mendapat suntikan itu.

Kempen itu diadakan dengan sokongan teknikal dan kewangan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menerusi kempen tersebut sejumlah 21 daripada 34 wilayah Afghanistan akan menjadi tumpuan utama.

Ketika ini, Afghanistan dan Pakistan adalah dua negara di dunia yang masih melaporkan kes polio setiap tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini