Kes COVID-19 di Afrika mencatatkan peningkatan hampir dua kali ganda dalam tempoh seminggu akibat penularan varian Omicron.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam taklimat mingguan kepada media memaklumkan 107,000 kes positif dilaporkan di rantau itu, minggu lepas, berbanding 55,000 kes yang dicatatkan pada minggu sebelumnya. 

Bagaimanapun kes yang dirawat di hospital di Afrika Selatan, kekal rendah.

Pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi, ICU juga rendah, melibatkan 6.3peratus yang direkodkan dari 14 November hingga 4 Disember lepas. 

Statistik menunjukkan Omicron mungkin tidak mengakibatkan jangkitan serius.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini