Seorang bekas agen pengurusan pangsapuri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas 23 pertuduhan menerima rasuah, berjumlah RM9,600.

Tertuduh, Tay Choon Siew, 68 tahun membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Berdasarkan fakta kes, tertuduh secara rasuah telah menerima suatu suapan iaitu wang berjumlah RM400 hingga RM800 di dalam akaun miliknya.

Ia sebagai dorongan untuk mencadangkan sebuah syarikat sebagai kontraktor kerja-kerja pembersihan dan landskap di Badan Pengurusan Bersama Vista Bayu Puteri, Johor Bahru, Johor, antara 3 Mei 2017 sehingga 3 September 2019 lalu.

Suspek didakwa di bawah Seksyen 16a (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) Akta yang sama.

Mahkamah membenarkan ikat jamin lima ribu ringgit dengan seorang penjamin, dan pasport diserahkan kepada mahkamah serta lapor diri setiap bulan di pejabat SPRM Johor. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes 29 November depan.   

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini