Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) sebagai persediaan bagi mempersiapkan Keluarga Malaysia dalam mendepani fasa endemik Covid-19.

ANMS merupakan pakej kesihatan yang diteliti, dirancang dan diperkenalkan melalui Kementerian Kesihatan dan disertai secara langsung oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Jelas Datuk Seri Ismail Sabri, agenda itu dilaksanakan untuk tempoh 10 tahun bermula tahun ini hingga 2030.

Kerajaan memberi jaminan untuk terus komited menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi memastikan ANMS dapat dijayakan dan memberi manfaat sepenuhnya kepada Keluarga Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini