Usahawan tempatan perlu menjadi lebih kreatif dan berinovasi dalam penghasilan produk dan perkhidmatan.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penggunaan teknologi terkini juga perlu bagi meningkatkan produktiviti dan daya tahan perniagaan selain meneroka peluang pasaran tanpa sempadan.

Berucap pada majlis perasmian Ikon Inspirasi Impian Perbadanan Usahawan Nasional Bhd; PUNB secara maya jelasnya, dua elemen itu penting dalam mengharungi persekitaran perniagaan yang semakin mencabar.

Usahawan juga perlu sentiasa melatih diri dan berfikir di luar kotak agar perniagaan lebih berdaya maju. Sementara itu jelasnya, agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera akan terus menjadi keutamaan kerajaan.

Menerusi Bajet 2022, kerajaan memperuntukkan 11.4 bilion ringgit bagi melaksanakan pelbagai inisiatif ke arah pembangunan Bumiputera.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini