Hampir RM17 juta sumbangan telah diagihkan agensi-agensi agama bagi manfaat lebih 261,000 penerima yang terkesan akibat pandemik di seluruh negara bagi tempoh September hingga Oktober lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, sepanjang dua bulan agensi-agensi ini dibawah pentadbirannya, beliau mahu golongan yang memerlukan terus dibantu.

Menuju 100 hari pentadbiran beliau, sebanyak 62 program telah dilaksanakan 14 agensi agama di bawah kendaliannya.

Berbaki kurang dari 50 hari, beliau mengharapkan kesemua agensi agama dapat melaksanakan sejumlah 208 program seperti yang dirancang secara berkesan untuk manfaat ummah.

Program-program ini katanya, memfokuskan lima inisiatif ‘mantap’ yang diperkenal beliau antaranya, pemantapan mental, sistem pendidikan islam, institusi keluarga dan sosio-ekonomi ummah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini