Agensi Anti-pengganas Indonesia mendedahkan anggota Jemaah Islamiyah (JI) dikesan menyusup masuk ke institusi agama dan awam negara itu bagi menyebarkan ideologi mereka.

Ia susulan penahanan tiga individu minggu lalu disyaki bertindak mengumpul dana bagi kumpulan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda itu.

Agensi itu memberitahu, tiga individu terbabit adalah ahli majlis agama dan dua pensyarah universiti.

Pengarah Pencegahan Pengganasan agensi itu, Ahmad Nurwakhid berkata, penahaan tiga individu terbabit bukti JI telah menyusup masuk dalam kehidupan masyarakat

Beliau juga tidak menolak kemungkinan anggota JI turut berada di dalam pertubuhan agama lain, persatuan sukan dan kelab-kelab motosikal.

Ahmad Nurwakhid berkata, sejak 2010, penguat kuasa undang-undang memberkas 18 penjawat awam, lapan pegawai polis dan lima pegawai tentera yang mempunyai kaitan dengan JI.

JI sebelum ini bertanggungjawab atas beberapa siri serangan menyebabkan korban jiwa di Indonesia, termasuk Pengeboman Bali pada 2002 yang meragut nyawa 202 orang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini