Banjir Keluarga Malaysia berdasarkan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, ketika perutusan Tahun Baharu 2022.

MARA, RISDA, FELCRA, KEJORA, KESEDAR, KETENGAH, KEDA dan PERDA sedia melaksanakan inisiatif berkenaan mengikut peruntukan sedia ada.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sejumlah RM4 juta dalam bentuk  bakul makanan dan kit pembersihan diri diperuntukkan kepada penduduk terjejas banjir.

Manakala peruntukan RM15,000 bagi bantuan baik pulih rumah diberi kepada setiap penduduk luar bandar yang layak.

RM56,000 lagi diperuntukkan bagi bantuan bina rumah baharu bagi mangsa banjir yang kehilangan kediaman sepenuhnya.

Lima insentif pemberian tunai disediakan oleh kerajaan dengan keseluruhannya mencecah RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah, malah mencapai hingga RM61,000 bagi individu yang mengalami kemusnahan rumah.

KPLB juga sedang mengumpul data di seluruh negeri yang terjejas banjir untuk pelan pembaikan dan peruntukan kos.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini