Semua agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia, diminta mengkaji dan mengenal pasti cabaran masa hadapan seiring kesiapsiagaan mendepani Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata langkah itu bagi melahirkan modal insan yang lebih kompetitif, kompeten serta bertaraf antarabangsa apabila Malaysia menuju ke arah pembangunan pesat.

Ia bukan sahaja isu-isu pengangguran tetapi lebih kepada menyediakan modal insan yang kompetitif sebab kita tidak tahu apakah cabaran masa hadapan.

Bagi tujuan itu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bukan sahaja perlu mengkaji cabaran akan datang tetapi turut bertanggungjawab mengenal pasti jaringan keselamatan yang sewajarnya terhadap tenaga buruh tempatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini