2,208 Ketua Isi Rumah di Kelantan yang terkesan banjir baharu-baharu ini, akan menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) yang diagihkan mulai hari ini hingga minggu depan.

Ia berdasarkan rekod penduduk terjejas banjir yang dicatatkan antara 17 dan 27 Disember lepas.

Sekretariat Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kelantan, Zainuddin Hussin berkata fasa pertama agihan bantuan itu melibatkan RM2 juta, manakala fasa kedua RM208,000.

Jumlah ketua isii rumah itu melibatkan penduduk di tujuh daerah masing-masing Pasir Mas, Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Tumpat, Jeli dan Bachok.

Berdasarkan rekod 1,765 Ketua isi rumah berdaftar di pusat penempatan sementara manakala baki 443 tidak berdaftar di PPS.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini