Sebanyak 3 tan ikan kembung diagihkan secara percuma kepada 3,000 penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri di Perlis.

Inisiatif Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis itu berkonsepkan agihan secara pandu lalu mengikut prosedur operasi standard SOP ditetapkan.

Menurut Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis, Amirul Jufri Mat Saman, pihaknya sedar keadaan rakyat amat terbeban akibat pandemik COVID-19.

Malah turut memberi kesan terhadap punca pendapatan harian.
 
Justeru, bantuan yang disalurkan sedikit sebanyak diharap dapat meringankan beban perbelanjaan mereka di samping mendapat makanan segar untuk keluarga.
 
Selain agihan ikan tersebut, Jabatan Amal Malaysia Negeri turut mengagihkan pek barangan keperluan harian dan buah-buahan segar kepada penduduk yang terkesan.
 
Program serupa akan dilaksana secara berterusan untuk memastikan rakyat mendapat keperluan harian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini