Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat pulang ke tanah air selepas 3 hari lawatan khas di Arab Saudi. Gabenor Jeddah, Putera Mishal bin Majed bin Abdulaziz mengiringi baginda di terminal diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah sebelum berlepas pulang ke tanah air.Kedua-duanya turut mengadakan perbincangan ringkas sebelum Putera Mishal kemudiannya mengiringi keberangkatan pulang baginda sehingga ke pesawat penerbangan.Pesawat khas yang membawa baginda berlepas pada jam 8.00 malam waktu Arab Saudi atau 1 pagi waktu Malaysia. ##

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini