Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda.

Turut berangkat sama, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


Istiadat berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pagi tadi.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Istiadat dimulakan dengan persembahan  “Hormat Diraja” dan lagu Negaraku diikuti 21 das Tembakan meriam.

Turut berlangsung, Terbang Lintas oleh helikopter Angkatan Tentera.

Seri Paduka Baginda seterusnya memeriksa perbarisan sebelum perarakan dan pemberian Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong.

Ia melibatkan Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Perarakan panji-panji Yang di-Pertuan Agong dilakukan sebanyak tiga kali dalam tempoh lima tahun.

Mengikut tradisi, ia dianjur pada tahun pertama, ketiga dan kelima.

Kali terakhir ia dilakukan pada 2019 dan sepatutnya berlangsung tahun lalu tetapi ditangguhkan kerana pandemik COVID-19.  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini