Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat meninjau rumah baharu milik asnaf dan mengurniakan sumbangan kepada lima keluarga di Pekan, Pahang.

Baginda tiba di Kampung Permatang Pauh, memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda ke Kampung Parit Dalam dan Kampung Padang Polo.
 
Baginda menyantuni setiap keluarga berkenaan selain meninjau pembinaan rumah baharu yang dikelola syarikat Platinum Victory Sdn. Bhd menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat syarikat itu dengan peruntukan RM2 juta bagi proses baik pulih rumah. Penerima bersyukur apabila kediaman yang usang telah dibaik pulih.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini