Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji ahmad shah dan  Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mantan Diplomat Datuk N. Parameswaran yang meninggal dunia pada Jumaat lalu.

Melalui satu hantaran, Seri Paduka Baginda berdua menyatakan penghargaan di atas khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada negara dan menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar buat negara.

Mendiang yang berusia 74 tahun berpengalaman lebih 40 tahun berkhidmat sebagai diplomat termasuk di Amerika Syarikat, Eropah, Afrika dan Asia.

Mendiang semasa dalam perkhidmatan juga pernah dilantik sebagai Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu di Geneva pada tahun 1986 termasuk Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura dari tahun 2003 hingga 2010.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini