Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-257 hari kedua di Istana Negara pagi tadi.

Mesyuarat dua hari yang bermula semalam, dipengerusikan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Raja-raja yang berangkat ke mesyuarat itu ialah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar; Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.

Selain itu turut berangkat , Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah; Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Mesyuarat turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut hadir pada mesyuarat tersebut.

Mesyuarat kali ini berlangsung selepas kali terakhir diadakan semasa mesyuarat ke-256 pada 19 dan 20 Feb 2020 yang dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini