Sesi kedua Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2021 menyaksikan 163 individu menerima darjah kebesaran masing-masing.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan anugerah.

Mendahului senarai, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar dianugerah Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima anugerah sama, Mantan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Noordin Ab Razak dan 7 individu lain.

Darjah Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk, dianugerahkan kepada 38 individu termasuk bekas jaguh badminton negara, Datuk  Rashid Sidek dan Datuk Cheah Soon Kit.

22 individu lagi dianugerahkan Darjah Johan Mahkota Wilayah, 41 orang menerima Kesatria Mahkota Wilayah, 18 individu dianugerahkan Ahli Mahkota Wilayah dan 35 orang penerima pingat Pangkuan Mahkota Wilayah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini