Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Istiadat pengurniaan darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2021 menyaksikan Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain mendahului senarai 210 penerima pingat.

Turut berangkat mengiringi Seri Paduka yang juga Pemerintah tertinggi ATM ke istiadat pengurniaan darjah itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Seri Paduka turut berkenan mengurniakan darjah PGAT kepada Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

Baginda turut berkenan mengurniakan darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada 31 penerima, Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) 56 penerima, Kesatria Angkatan Tentera (KAT) 67 penerima danĀ  Bentara Angkatan Tentera (BAT) 53 penerima.

Istiadat dilaksanakan dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti dan protokol penganjuran sesuatu majlis rasmi bagi mengekang penularan COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini