Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada jaguh dan legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David.  

Nicol, 38 tahun, adalah antara 12 penerima PJN pada sesi kedua istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021, bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

Mendahului senarai penerima ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lokman Hakim Ali yang turut dikurniakan PJN.

Anugerah disampaikan Al-Sultan sempena hari keputeraan Baginda. 

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini