Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli merasmikan Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) di Pekan, Pahang.
 
Pusat Hemodialisis itu beroperasi Isnin hingga Sabtu dari jam 8 pagi hingga 5 petang dilengkapi dengan 12 mesin dialisis serta 13 kakitangan.

Ia berkeupayaan merawat 23 pesakit sehari, juga merupakan pusat rawatan ketiga ditubuhkan YASA.

Menerusi satu kenyataan Istana Negara, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan agensi kerajaan terlibat, serta para dermawan dan penyumbang dalam menjayakan inisiatif penubuhan Pusat Hemodialisis YASA Pekan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini