Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat kembali ke tanah air selepas mengadakan lawatan khas ke United Kingdom.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua selamat mendarat di Pangkalan TUDM Kuantan pada pukul 3.45 minit petang tadi.

Ketibaan Seri Paduka berdua disambut anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah. Serta barisan pentadbiran Pahang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sejurus tiba, Seri Paduka berdua menjalani ujian saringan COVID-19, sebelum berangkat ke Istana Abdulaziz, Kuantan bagi menjalani kuarantin kendiri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini