Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abang Ahmad Urai Datu Abang Mohideen yang meninggal dunia tengah malam tadi.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan ini.

Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.

Yang di-Pertuan Agong amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada negeri Sarawak dan negara.

Al-Sultan Abdullah turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar kepada negeri Sarawak dan negara.

Allahyarham yang dilahirkan di Kuching pada 26 Jun 1933 dan berusia 89 tahun pernah menyandang jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara menggantikan Tan Sri Benedict Stephens dari 12 Julai 1988 hingga 9 Julai 1990.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini