Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, yang terkorban dalam insiden pesawat Hawk 108 di Butterworth, Pulau Pinang, malam tadi.

Turut menzahirkan ucapan takziah adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham  yang disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada angkatan TUDM dan negara.

Baginda berharap seluruh ahli keluarga mangsa  tabah berdepan dugaan itu.

Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia amat menghargai khidmat bakti dan jasa Allahyarham kepada TUDM dan negara.

Baginda turut mendoakan juruterbang TUDM Mejar Mohd Fareez Omar, 33, yang mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dikurniakan kesembuhan segera. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini