Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu ini.

Menerusi kenyataan di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua  menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada negeri Sarawak.

Mendiang Masing meninggal pagi tadi, pada usia 72 tahun akibat komplikasi jantung.

Ujian COVID-19 mendiang yang terakhir adalah negatif.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini