Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua bekas atlet wanita negara yang meninggal dunia, semalam.

Mereka adalah bekas pemain skuad bola sepak wanita, Kasmah Darus dan bekas atlet silat, Zaleha Suradi.

Menerusi kenyataan Istana Negara yang dimuat naik menerusi Facebook, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Kasmah dan Zaleha.

Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. 

Seri Paduka Baginda berdua juga amat menghargai dan menyanjung tinggi khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarhamah kepada negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini