Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke 257 di Istana Negara di ibu negara.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda diiringi Raja Permaisuri Agong .

Turut berangkat  Sultan Kedah Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra turut berangkat ke santapan malam itu.

Majlis turut menyaksikan kehadiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta menteri-menteri kabinet dan menteri besar.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke 257 akan berlangsung pada hari kedua hari ini di Istana Negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini