Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, baginda menerima baik konsep Keluarga Malaysia.

Berpandukan semangat itu, Baginda mahukan pandangan rakyat Malaysia disantuni dan didengari pihak kerajaan, bagi memastikan kesejahteraan rakyat dikekalkan.

Titah baginda lagi, pelaksanaan semua program di bawah dasar Keluarga Malaysia, hendaklah diteliti, diperhalusi dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Al-Sultan Abdullah berangkat ke istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara.

Menerusi titah itu juga, baginda menyambut baik Bajet 2022 dan Rancangan Malaysia Ke-12, yang bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Titah Baginda lagi, pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 7.1 peratus pada separuh pertama tahun 2021, menunjukkan negara berada pada landasan tepat dalam fasa pemulihan ekonomi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini